laguuu

Wednesday, 17 December 2014

Cerita Tuhan

          Sebenarnya takda apa yg aku reti kalau suruh bercerita ttg cinta. Sebab aku cuma cinta Tuhan
dan sekeliling. Aku pilih bahasakan Tuhan sebab aku buat ruang terbuka untuk yg bukan seagama pun terbuka hati untuk baca. Kisahnya sini ada satu berita tergempar yg gemparkan dunia. Kecoh seolah detik selepas ni tak ada lagi (kiamat) di Sydney. Kisah IS (extremes islam) kembali menyerang di sebuah cafe. Sebenarnya bukan itu yg aku nak kongsi. Tapi pandangan dan ekor mata agama luar terhadap agama aku sendiri. Bila ada islam, kalau yg berfikir sejenak dan terbuka mungkin mengerti dan jelas bahwa islam sebenar bukan begitu. Tapi mcm mana pula dengan yg tanpa berfikir terus mencaci hina islam tanpa siasat ? Mereka mengganggap islam sempit dan suka dengan mati dan keganasan. Allahuakbar.


            Islam adalah yg cintakan keamanan dan kedamaian . Tapi kehendak Tuhan. Tuhan izinkan sesetengah islam yg buruk akhlaknya dan terpesong akidahnya sampai lari dgn tuntutan sebenar dan anggap perjuangan (membunuh) mereka itu sebagai jihad ADA di bumi Tuhan. Mereka wujud. Jangan persoal mengapa Tuhan berbuat demikian. Tapi soal hati dan iman, dunia terlalu tua untuk Tuhan biarkan kita leka dan lalai. Tuhan kejutkan kita dengan banyak dan berapa kali alarm( bencana musibah) . Namun kita masih tidak kenal Tuhan. Bukan Tuhan sengaja. Tapi Tuhan kehendak. Islam ditindas sana sini. Angkara kita sendiri ! Maksiat bermaharaja lela !  Sampah semuanya ! Bukan kita yg jaga nama Tuhan dan agama. Tapi kita yg gadaikan Tuhan dan agama. Mana sedara islam? mana!

Tuesday, 16 December 2014

Bonjour !

        Aku cuma. Aku rindu italy. Thats it. Aku rindu train tengah tengah jalan dia. Aku rindu hotel paling usang dia . Aku rindu 5 tempat romantik / bersejarah yg aku pergi. Aku rindu sampan kecil yg selamba lalu bawah jambatan dan setiap bangunan warna warni sambil ditemani suara abang gondola italiano berbaju belang hitam putih nyanyi lagu spanish. Pulak dikenakan dengan topi manja dia alah2 mister potato . Itu Venice. Aku rindu bangunan Rome yg bila masuk mashaAllah kosong tapi bergetar jiwa sbb dpt rasa gegar mereka dulu berperang dlm tu. Aku rindu menara Pisa yg condong bak nak himpap jasad aku yg kerdil tapi lebar ni. Dengan kerenah org org berusaha berlakon berbagai posisi demi sekeping foto. 

        Nah ,tak tertinggal pulak kota yg boleh kata kaya yg aku rasa aku tak mampu nk beli dan belah begitu sahaja. Ada satu lorong yg kedainya kiri kanan berjenama. Terbeliak mata . Sempat kelip mata ja. Pastu keluar. And akhirnya Florence. Tak berapa ingat sangat kenangan kat sini. Haha. Atleast aku tahu tempatnya. So mcmtulah ceritanya. Yg aku tahu sekarang aku mmg rindu gila.